Tentang Kami

Siapakah Bina Korporat?

BINA Korporat adalah jenama yang diasaskan oleh Alyaa Amir Resources (AAR), sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang ditubuhkan oleh Puan Nuraliaa binti Amir pada tahun 2010. Berbekalkan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri, kami kini dikenali sebagai pakar dalam bidang renovasi rumah, pengubahsuaian dapur dan bilik air, serta kerja teknikal seperti pendawaian elektrik, pembaikan paip, dan pertukangan seperti pemasangan awning dan pagar besi.

Sebagai Kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB Malaysia, kami mematuhi sepenuhnya piawaian industri dan perundangan, memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kualiti kerja yang tinggi, ketelitian, dan keselamatan yang terjamin.

Dengan pasukan profesional yang berpengalaman dan komitmen penuh terhadap kepuasan pelanggan, BINA Korporat terus menjadi pilihan utama dalam bidang renovasi dan bina rumah di Malaysia, menawarkan hasil kerja yang kemas dan tahan lama tanpa kompromi.

Misi

Menjadi peneraju dalam industri pengubahsuaian dan pembinaan di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang berlandaskan profesionalisme, ketelusan, dan kepuasan pelanggan, sambil menyokong pembangunan kontraktor Bumiputera.

Visi

Sijil Perakuan

Apa Perkhidmatan Kami?

Sama ada anda ingin mengubahsuai rumah, memperbaiki bilik air, atau menaik taraf ruang dalaman, kami bersedia membantu anda dengan perkhidmatan profesional dan mesra.