Tentang Kami
Siapakah Bina Korporat?
BINA Korporat adalah jenama yang diasaskan oleh Alyaa Amir Resources (AAR), sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang ditubuhkan oleh Puan Nuraliaa binti Amir pada tahun 2010. Berbekalkan pengalaman lebih 15 tahun dalam industri, kami kini dikenali sebagai pakar dalam bidang renovasi rumah, pengubahsuaian dapur dan bilik air, serta kerja teknikal seperti pendawaian elektrik, pembaikan paip, dan pertukangan seperti pemasangan awning dan pagar besi.
Pada tahun 2024, BINA Korporat mencapai satu lagi kejayaan dengan memperkenalkan Pelan Pembayaran Mudah – sebuah kemudahan bayaran ansuran tanpa faedah, yang membolehkan pemilik rumah melaksanakan pengubahsuaian penting tanpa tekanan kewangan yang berat, menjadikan renovasi berkualiti kini lebih mampu milik untuk semua.
Sebagai Kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB Malaysia, kami mematuhi sepenuhnya piawaian industri dan perundangan, memastikan setiap projek dilaksanakan dengan kualiti kerja yang tinggi, ketelitian, dan keselamatan yang terjamin. Dengan pasukan profesional yang berpengalaman dan komitmen penuh terhadap kepuasan pelanggan, BINA Korporat terus menjadi pilihan utama dalam bidang renovasi dan bina rumah di Malaysia.
Misi
Menjadi peneraju dalam industri pengubahsuaian dan pembinaan di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi yang berlandaskan profesionalisme, ketelusan, dan kepuasan pelanggan, sambil menyokong pembangunan kontraktor Bumiputera.
Visi
- Menyediakan Perkhidmatan Berkualiti: Menjamin hasil kerja yang kemas, selamat, dan memenuhi standard industri
- Mengutamakan Kepuasan Pelanggan: Memberikan pengalaman yang positif dengan komunikasi terbuka dan perkhidmatan mesra
- Menyokong Kemudahan Kewangan: Membantu pemilik rumah melaksanakan projek dengan lebih mudah melalui skim EPP
- Mematuhi Piawaian Industri: Mematuhi semua keperluan undang-undang dengan pendaftaran rasmi CIDB, memastikan kualiti dan keselamatan dalam setiap projek
- Memperkasa Kontraktor Bumiputera: Menjadi platform untuk memperkukuh kedudukan kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan tempatan
Sijil Perakuan
Apa Perkhidmatan Kami?
Sama ada anda ingin mengubahsuai rumah, memperbaiki bilik air, atau menaik taraf ruang dalaman, kami bersedia membantu anda dengan perkhidmatan profesional dan mesra.