Pelan Pembayaran Mudah (EPP)
Bayar bulanan beransuran tanpa faedah dengan proses fleksibel dan mampu milik
Apakah 'Pelan Pembayaran Mudah'?
Pelan Pembayaran Mudah (EPP) adalah skim ansuran bulanan yang membolehkan pelanggan membayar perkhidmatan pengubahsuaian secara berperingkat tanpa faedah tambahan. Ia dirancang bagi membantu pemilik rumah merealisasikan projek pengubahsuaian dengan lebih fleksibel dan mampu milik.
Kelebihan EPP

0% Faedah
Tiada caj faedah sepanjang tempoh pembayaran

Pembayaran Ansuran
Memudahkan pembayaran dari 6 hingga 36 bulan

Meringankan Bebanan
Membolehkan pelanggan buat penambahbaikan rumah
Servis mana yang sesuai dengan EPP
Pelan Pembayaran Mudah (EPP) ini sesuai untuk perkhidmatan yang biasanya bernilai di bawah RM50,000, selaras dengan had kredit pelanggan. Berikut adalah contoh perkhidmatan yang boleh menggunakan EPP:
- Renovasi & Pengubahsuaian: Tambah bilik, tingkat tambahan, besarkan ruang, ubahsuai dapur dan bilik air.
- Kerja Kemasan & Reka Bentuk Dalaman: Pemasangan kabinet dapur, almari pakaian, lantai SPC, meja dapur, kerja mengecat.
- Kerja Teknikal: Pembaikan paip, pendawaian elektrik, pembaikan tangki air, pemasangan CCTV.
- Pertukangan & Struktur: Pemasangan awning, pagar besi, grill tingkap, kerja atap dan bumbung.
Adakah anda bersedia?
Dapatkan pelan ansuran 0% tanpa faedah. Anda kini boleh menambahbaik rumah tanpa bebanan. Hubungi kami segera dan dapatkan anggaran PERCUMA.